English | Malay
Persiapkan diri
●Untuk mudah menanggalkan sebarang larutan buih yang terkena kulit, sapukan lapisan nipis krim kulit berasaskan minyak pada garis rambut, telinga, dahi, garis leher anda, dsb.
●Sikat rambut anda sebelum mewarna untuk menghilangkan sebarang rambut kusut
○Lakukan ujian alahan kulit 48 jam sebelum setiap penggunaan produk.
Untuk keselamatan anda
Baca langkah-langkah penggunaan sebelum menggunakannya dan lakukan seperti yang diarahkan.
●JANGAN GUNAKAN jika anda pernah mengalami sebarang tindak balas selepas mewarnakan rambut anda.
●Lakukan ujian alahan kulit 48 jam sebelum setiap penggunaan produk.
Tuangkan Cecair 1 ke dalam Cecair 2.
Tutup penutup putih, terbalik dan tegakkan botol secara perlahan.
Ulang sebanyak 5 kali, sekitar 1 saat pada satu masa.
Perhatian! :JANGAN GONCANG BOTOL. Goncangan yang terlalu kuat akan menghasilkan buih di dalam botol, dan ia akan sukar untuk keluar sebagai buih.
Tanggalkan penutup rata putih daripada botol dan gantikannya dengan penutup pembuih. Pusingkannya sehingga ia benar-benar ketat.
Pakai sarung tangan.
Pegang botol dalam kedudukan menegak dan picit bahagian tengah botol untuk mengeluarkan buih ke tapak tangan anda.
★Jika botol penuh dengan buih, pegang botol dalam kedudukan menegak, dan picit 3 atau 4 kali untuk membuangkan sebarang buih berair atau cecair.
Mulakan sapuan dari akar rambut.
Bahagikan rambut anda. Sapukan sejumlah besar buih dari akar rambut hingga keseluruhan rambut. Tukar bahagian semasa membuat sapuan.
Tutup seluruh kepala dengan sejumlah buih yang banyak
Guna hujung jari anda, urut perlahan-lahan sehingga rambut ditutup sepenuhnya dengan buih.
・Gosok rambut anda perlahan-lahan supaya larutan meresap ke dalam akar.
・Sapukan ke belakang dengan mudah!
★Tambahkan lagi buih jika ia tidak mencukupi.
Pastikan tiada buih pada muka, telinga, garis leher dan lengan anda.
Biarkan buih pada rambut anda selama 20-30 minit.
Bilas rambut anda secara menyeluruh, syampu sebanyak dua kali, kemudian gunakan Rawatan Bilas yang disertakan.