English | Malay

Q&A

Q&A

Q&A

Q

Apakah itu "ujian alahan kulit"?
Adakah ia perlu dilakukan setiap kali?

A

Ya, anda perlu melakukan ujian alahan kulit setiap kali anda menggunakan produk pewarna rambut.
Ujian alahan kulit menunjukkan sama ada anda mudah terdedah kepada tindak balas alahan terhadap bahan pewarna rambut.
Walaupun anda sering menggunakan produk pewarna rambut sebelum ini dan tidak menunjukkan tindak balas alahan, perubahan dalam keadaan badan boleh menyebabkan tindak balas berlaku.
Sentiasa melakukan ujian ini sebelum menggunakan produk pewarna rambut dan pastikan ujian alahan kulit dilakukan 48 jam sebelum setiap penggunaan produk. Jika timbul ruam, kemerahan, kegatalan, melepuh atau kelainan kulit yang lain berlaku, jangan gunakan pewarna tersebut atau produk pewarna lain.
Baca arahan yang disertakan dengan teliti untuk prosedur ujian alahan kulit.

Q

Adakah Foam Colour mudah digunakan jika saya seorang pengguna baru?

A

Liese Foam Color sesuai untuk pengguna baru. Hanya sapukan buih pada rambut anda dengan tangan dan urutkan. Rambut di bahagian belakang dan lapisan dalam akan diwarnakan dengan baik.

Q

Adakah 1 kotak Pewarna Berbuih mencukupi untuk rambut yang panjang?

A

1 kotak adalah mencukupi untuk rambut paras bahu.
Untuk rambut yang lebih tebal dan panjang, 2 kotak mungkin diperlukan.
Buih yang tidak mencukupi boleh menjejaskan hasil warna.

Q

Adakah lebih sukar untuk mewarnakan rambut tebal?

A

Ya, lebih sukar untuk mewarnakan rambut tebal atau kaku. Adalah penting untuk menggunakan lebih pewarna dan tunggu selama 5-10 minit lebih lama.

Q

Bolehkah saya mewarna dan mengerinting rambut saya pada masa yang sama?

A

Anda tidak digalakkan untuk mewarna dan mengerinting rambut anda pada masa yang sama.
Anda dinasihatkan untuk mengerinting rambut anda sebelum mewarna kerana larutan kerinting boleh menyebabkan warna rambut menjadi pudar.
Selain itu, anda digalakkan untuk menjarakkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum mengguna produk pewarna rambut selepas anda mengerinting rambut anda.

Q

Adakah selamat untuk mewarnakan rambut saya semasa haid atau kehamilan?

A

Semasa haid atau kehamilan, kulit kepala atau kulit cenderung menjadi lebih sensitif, sehingga berisiko lebih tinggi untuk timbul masalah kulit selepas menggunakan produk pewarna rambut.
Tidak digalakkan untuk menggunakan produk pewarna rambut semasa haid atau kehamilan.

Q

Saya mula risau tentang rambut beruban...

A

Liese Foam Color for Fashion direka bagi mencerahkan warna rambut dan bukan untuk menutup rambut beruban dengan sempurna. Jika anda ingin menutup rambut beruban dengan sempurna, sila gunakan siri Liese Blauné.

  •  Liese Creamy Bubble Color

  • Cara penggunaan

Page Top