English | Malay
Mengandungi 4X* lebih bahan rawatan untuk menyaluti rambut bagi rawatan berkhasiat sepanjang proses pewarnaan! Hasilnya? Rambut berkilat dan licin, mudah untuk disikat dengan jari!
Rambut dibalut dengan krim yang kaya dan bahan pewarna meresap ke dalam setiap helaian rambut untuk menutup sebarang jenis rambut beruban 1.2X* dengan lebih berkesan. Menghasilkan warna rambut yang sekata dan tahan lama.
*Berbanding dengan teknologi konvensional Kao Jepun
Baca arahan yang disertakan dengan teliti sebelum mengguna, dan guna seperti yang diarahkan.
Nasihat
Jika anda telah mewarnakan rambut anda dengan warna gelap sebelum ini, penggunaan warna yang lebih terang tidak akan membawa hasil yang jelas. Bagi mereka yang mempunyai jumlah rambut beruban yang lebih banyak, anda disarankan untuk memilih warna yang lebih gelap untuk liputan optimum.
Warna dibangunkan khusus untuk rambut orang Asia bagi menghasilkan warna semulajadi yang cantik.
Ultra Light Brown
Lighter Brown
Light Brown
Medium Brown
Dark Brown
Nama "Blauné" terhasil dengan penggabungan perkataan "BLOW" dan "SHINE". Ia membentuk kesan rambut berayun ketika ditiup angin dan berkilau di bawah cahaya matahari.
Walaupun Liese Blauné Cream Color pada asasnya adalah pewarna rambut, kedua-dua krimnya mengandungi rumusan rawatan rambut Kao. Dengan rumusan ini, rambut akan menjadi licin selepas dibilas pada masa yang sama mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh rambut kusut.
Ya. Malah, Liese Blauné boleh dianggap sama, jika tidak lebih berkesan daripada pewarna rambut sedia ada. Ini disebabkan teknologi pewarnaan peresapan tinggi yang meresap ke rambut beruban secara menyeluruh.
Ya. Jika warna semulajadi rambut anda hitam, warna terhasil mungkin masih lebih gelap daripada warna contoh yang ditunjukkan pada kotak pembungkusan. Jika anda mempunyai kurang atau tiada rambut beruban, kami menggalakkan anda memilih warna coklat yang lebih terang daripada warna yang anda inginkan.
Sapukan krim yang secukupnya pada rambut untuk memastikan setiap helaian rambut dilitupi dengan baik oleh krim tersebut. Krim hendaklah disapu dengan menekan krim kuat-kuat pada rambut dengan menggunakan berus hitam dari berus sikat 3-dalam-1. Pastikan krim menutupi rambut keseluruhannya dengan menggunakan krim dari semua sisi. Ini memastikan rambut dibalut dengan krim sepenuhnya untuk hasil warna yang sekata. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa penghasilan warna rambut dan liputan rambut beruban adalah bergantung kepada warna rambut asli setiap individu, jenis rambut dan jumlah rambut beruban.
Untuk rambut pendek (paras bahu dan ke atas), satu bungkusan sepatutnya mencukupi untuk seluruh kepala. Jika anda mewarnakan keseluruhan kepala anda, kami sarankan sapukan pada keseluruhan kepala terlebih dahulu, sebelum meletakkan lebih krim pada kawasan yang mempunyai lebih rambut beruban.
Ya. Bahagikan helaian rambut kepada bahagian yang lebih kecil menggunakan hujung berus sikat 3-dalam-1 semasa sapuan, dan ratakan ke seluruh kepala menggunakan sikat (anda disarankan menggunakan sikat untuk meratakannya ke seluruh rambut untuk kemasan yang lebih baik). Bagi rambut yang panjang (di bawah paras bahu), disarankan untuk mengguna dua pek untuk mencapai hasil yang lebih baik.